Orang Afrika di Malaysia: Antara stereotaip dengan kenyataan

First published on Merdeka Review, 13th May 2012. plus ça change, plus c’est la même chose.

Terdapat pelbagai teori media yang mengatakan bahawa saluran media mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pendapat awam, terutamanya kuasa untuk mengeruhkan lagi sentimen perkauman terhadap pekerja dan penuntut asing yang sudah lama berakar umbi di minda dan jiwa rakyat kebanyakan. Sentimen perkauman terhadap lelaki Afrika di Malaysia didapati lebih parah daripada wanita. Tanggapan buruk ini banyak disumbang melalui stereotaip lelaki Afrika sebagai kaki lawan dan penjenayah yang memporak-perandakan keamanan dan budaya kita. Stereotaip ini muncul di kaca televisyen, di internet, dan di muka akhbar. Seringkali orang berkulit hitam disamakan dengan orang Afrika seolah-seolah Afrika itu satu negara yang monolitik, tanpa kepelbagaian budaya, bahasa, dan rupa. Realitinya, ramai yang meneruskan pelajaran atau datang mencari rezeki di Malaysia datang daripada latar belakang sosial, kelas, agama, bahasa, dan keadaan geopolitik yang berbeza.

Kini, kita sering mendengar di wahana media tentang “kebanjiran” pekerja dan penuntut Afrika pada tahap yang membimbangkan di seluruh pelusuk Malaysia, dari Kota Kinabalu hingga ke Alor Setar. Kita menggarapi migrasi sebagai satu masalah “baru” yang melanda negara, yang menyerupai gejala jenayah, hakisan budaya tempatan, dan meningkatkan satu iklim yang menakutkan dan penuh bahaya. Kehadiran populasi Afrika dianggap sebagai sesuatu yang baru, seolah-olah tidak wujudnya sejarah migrasi dan penempatan orang-orang dari benua Afrika.

“Gelombang” pertama pergerakan orang Afrika (atau “Negrito”) ke Asia bermula lebih kurang 100,000 tahun dahulu, dan kemudiannya berkembang di Pakistan selatan, dan kepulauan Polynesian dan Melanisia. Golongan ini berpecah kepada etnik Khyeng di Pakistan, Jawawa di Teluk Benggala, dan Agta di Filipina. Sejak 1970-an, kedatangan warga asing ke tanahair dimangkinkan oleh situasi ekonomi dan globalisasi. Tahap penghijrahan yang meninggi jelas menunjukkan kemakmuran ekonomi Malaysia dan gawatnya ekonomi negara-negara penghantar para penghijrah. Malangnya, tahap kesedaran sosial tidak setimpal dan jauh kebelakang; lain kata, kemakmuran dan pembangunan tidak pernah menjamin perikemanusiaan dan keadilan.

Pada 31 Mac, seorang pelajar IPTS berusia 35 tahun yang bernama Onochie Martins Nwankwo telah dipukul sehingga mati di Hulu Langat di tangan lima anggota RELA. Onochie dipercayai mencabul seorang pencuci wanita di tempat tinggalnya. Wanita tersebut melapor bahawa beliau melarikan diri daripada Onochie dan meminta tolong kepada kumpulan suspek-suspek yang kemudiannya bertindak dengan membelasah Onochie. Di sebuah negara yang mempunyai sistem perundangan yang dicipta untuk menjamin keamanan dan menghukum pesalah dengan saksama, anggota RELA tidak berhak untuk menjatuhkan “hukuman” mereka ke atas mendiang Onochie. Motif di sebalik pembunuhan beliau berbaur perkauman terhadap orang-orang berkulit hitam.

Disebabkan layanan kelas kedua yang terpaksa dipikul oleh warga Afrika amnya, kesahihan kes cabul yang dibayar oleh Onochie dengan nyawanya mungkin tidak dipersoalkan lagi, seperti kesahihan kes-kes jenayah lain yang melibatkan warga Afrika yang lain. Tragedi seperti beberapa penuntut IPTS dari negara Botswana pernah dilaporkan membunuh diri disebabkan tekanan yang dicetus oleh perkauman dan layanan buruk warga Malaysia. Ekoran kejadian tersebut, kematian seorang warganegara Nigeria bulan lalu di tangan pengganas RELA, yang kemudiannya mencetus pertunjukan perasaan oleh kumpulan sewarganegara di Ulu Langat kini menunjukkan betapa parahnya keadaan perkauman yang mengganas dan berdarah di Malaysia dewasa ini.

Terdapat beberapa faktor yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi tarikan ramai penuntut Afrika. Pertama sekali, kerana kos pembiayaan untuk pendidikan tertiari adalah lebih rendah daripada di Eropah, Amerika Syarikat, atau di Australia. Kemudahan dan kualiti pendidikan juga dianggap setanding dengan IPT di negara-negara tersebut. Sesetengah IPT memperuntukkan RM25,000 bagi penuntut pasca-siswazah antarabangsa. Kedua, ramai penuntut yang beragama Islam dari benua Afrika yakin bahawa gaya hidup di negara yang majoriti Islam seperti Malaysia membantu memelihara akidah mereka. Ketiga, visa untuk belajar di Malaysia lebih muda diperolehi berbanding negara-negara barat yang kini mengetatkan polisi imigresen negeri masing-masing. Dan keempat, ramai akan mengambil peluang untuk meninggalkan negara masing-masing untuk kehidupan di luar negara kerana nilai prestij mereka akan meraih daripada pengalaman merantau dan gaji yang dijangka lebih lumayan di sini. Faktor-faktor diatas begitu logikal, tetapi mampukah kesemuanya menangkis prejudis terhadap warga asing Afrika yang menular?

Terdapat lebih kurang 22,000 penuntut di IPT dari benua Afrika; yang terjebak dalam gejala jenayah dan sosial adalah sangat minima mengikut Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khaled Nordin – terdapat hanya 66 kes dilaporkan membabitkan orang Afrika lewat tahun lepas. Menurut Abiodun Musa Aibinu, wakil Diaspora Nigeria dan Profesor Madya kejuruteraan mekatronik di Universiti Islam Malaysia (UIA) pula, hanya 5% daripada 5,000 warga Nigeria yang berada di Malaysia terlibat dalam pengedaran dadah dan penipuan (“black money”). Hakikatnya wujud hierarki manusia di mana layanan yang diberikan kepada mereka di lapisan bawah pekerja, penuntut IPT asing, dan golongan pelarian secara automatis jauh lebih teruk. Tetapi kesemua warganegara Afrika yang berkulit hitam digolongkan sebagai “pariah” di mata rakyat Malaysia: walaupun sebagai seorang pensyarah, Abiodoun juga sering menjadi mangsa penghinaan orang-orang tempatan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita merayakan imej negara kita yang berbilang kaum – itulah satu-satunya “keistimewaan” yang diwarisi daripada sejarah kolonial kita. Tetapi sayangnya, kepelbagaian bangsa dan budaya yang dibanggakan hanya dikhaskan untuk mereka yang berwarganegara Malaysia, walaupun mereka yang bukan banyak menyumbang kepada pembangunan dan melancarkan kehidupan seharian kita. Kepelbagaian bangsa dan budaya Malaysia senantiasa berubah dan kita seharusnya menerima bahawa migrasi adalah hakikat masakini di era globalisasi dan geopolitik dan ekonomi dunia ketiga yang tidak pernah lelah goyah.

About these ads

7 thoughts on “Orang Afrika di Malaysia: Antara stereotaip dengan kenyataan

  1. Hello Alicia aka Angry Malay Women,
    Hello,

    I just read this article and i found & I believe that your article bukan sahaja tidak bersikap berat sebelah, artikal yang jujur dan saya appreciated cz in the same time adalah suara hati, kami isteri2 /pasangan (penduduk tempatan terutamanya) kepada warga African.

    I’m so much appreciate and valued your fair opinion.
    I so much dissapointed cz through media ,(samada akhbar/internet/tv) banyak menyalurkan maklumat yang saya kira berat sebelah dan kenyataan yang dikeluarkan di dada akhbar seolah olah menggambarkan seolah olah keseluruhan warga – warga afrika ini melakukan jenayah/kasar/biadap dan sebagainya.

    Implikasi yang paling hebat saya rasakan adalah kepada keluarga kami (di mana Ibubapa) yg telah memberi restu pada perkahwinan kami dan anak anak kami terutamanya. Cara dan perspektif masyarakat memandang kami serong setelah kenyataan media yang seolah2 menggambarkan rata rata semua warga afrika adalah penjenayah berikutan operasi2 yg galak dilakukan dr thn lalu sehingga awal tahun.

    Jenayah ada di mana mana, mcm Malaysia for example , bukankah kalau wajar kita katakan jika bangsa melayu punya kadar tertinggi dlm jenayah antara kaum di Malaysia adakah ia bermakna kesemua orang melayu itu Penjenayah. Saya menjadi risau jika masyarakat melayu kita mula berperasaan “rasist” begini, apalah agaknya nasib anak anak kami di bumi sendiri, bagaimana suatu hari nanti he will be treated unfairly because of the fact that he’s identity as an half african , and knowing to the public that his father is a criminal.

    Seperti yang Cik explained dlm ur article compare pada bilangan student di malaysia dgn jenayah yang di report , peratusannya begitu sedikit untuk public/media mengandaikan kesemua warga dari afrika ini bermasalah .

    Saya dan suami mengendalikan restoran khas untuk warga afrika bagaimanapun selepas semua operasi ini dijalankan di mana saya tidak menyalahkan pihak berkuasa kerana itu pekerjaan mereka , tapi ada banyak juga pegawai yang saya ketahui mengambil kesempatan dari operasi ini mengganggu pelanggan2 kami untuk mengerah wang sehingga pelanggan tidak lagi datang ke kedai makan kami dan seterusnya perniagaan kami ditutup awal tahun ini berikutan tidak mampu menanggung kerugian lagi. Kami sedaya upaya mencari rezeki yang halal dan cuba untuk hidup normal spt keluarga yang lain namun semenjak apa yang di gembar gemburkan saya sendiri experienced , that org keliling , neighbour mahupun saudara mara mulai salah sangka, mungkin sebelum ini dilihatkan kami punya perniagaan, kereta sendiri pastinya dari punca pendapatan haram. Kami bagaimanapun terpaksa menjual kenderaan kami berikutan bil-bil perniagaan yg harus diselesaikan. Rata-rata orang menyangka keseluruhan warga afrika ini hidup melarat di negara mereka kerana itu mereka ke sini. Dan jika pun mereka mewah di sana pastinya hasil dari kegiatan jenayah. Saya fikir mungkin juga mereka tidak tahu apa itu Afrika, Nigeria, di mana Sudan, Mozambique mahupun Rwanda. Afrika terdiri dr 47 negara. Nigeria pula is formed by 36 state with a capacity of 170mil population while jika dibandingkan dgn Msia 29mil sungguhlah tak boleh compare besarnya. So u cn’t expect setiap bahagian Nigeria tu mesti x develop dan remote area. Its only people that have been to those country can tell their own opinion and experiences.

    I gave an example of one of my chinese gf when she ws questioned during a raidding in 11:45 club few month back. The reporter boldly ask her “Apa perasaan anda bila masuk ke kelab ni, kebanyakkan yang anda lihat adalah warga asing,warga afrika,apakah anda tak takut?” that statement alone shows that the reporter are trying to make the public built “rasicm” and hatred and scared to Africans,clearly. I wonder. African that entered Malaysia legally, after paying a huge amount of money to study here and take care of their self actually are not allowed to go out to entertain their selves. Well, if that so why wouldn’t the so called government/department gubal undang2 yg tak membenarkan diorg berkumpul ramai2/berhibur di kelab/bercakap dgn perempuan tempatan etc.

    Even just a month back, i was in Nigeria embassy with myhusband submitting documents to be endorsed utk eksport brg dr sini ke Nigeria. There was a 2 policemen with us , looking at me , smiling and talking in malay language though dia sebenarnya tak tahu tujuan kami ke sana. the next thing lepas kami habis berurusan, dan about nak keluar salah seorang keluarkan komen yang mengatakan selepas lelaki negro ini kumpul duit sini bawa pula perempuan ini balik kg dia.

    That is normal Malay perspective, mesti buat duit haram , balik kg buat rumah pakai duit haram dan menggunakan perempuan melayu untuk bisnes haram mereka, apalah perempuan ni nampak pd laki ni??. Bila saya berjalan depan polis itu saya sekadar senyum, salah seorang then tanya” Nak apply visa ke Nigeria ke”

    Perhaps thts he best he can think. Tak ada benda lain cz kalau ada pun tak masuk akal untuk diorg percaya.
    So i replied back ” No, we came to submit documents for our export business.

    Anyway , what I’m just trying to say I’m annoyed over the situation that had happened. And how it had spoiled the image of some good one here bcz of what they put on the news. We ,husband and wife are trying our best and hope for our business to growth , so we may prove to the public that they are still good one among us and thou shall not judge. We know how hard for us to earn 4 living and live a life descent here, but what happened had even make things worst but anyhow I believe that this is temptation and a test from God to test our faith and believe. We wife of africans here shall fight and protect our right cz malaysia is ourland, our children land and we shall proof to the nation for the sake of our children future. Since we all created by the same God , and God does not differentiated by your races or appearance. And no law in the country that does not abide one to marry another race. So Malaysian need to change their perception towards African, cz if we claimed to be so call Muslim, we should know that these people are human being too. To love God is to obey on God commandment .Treat people fairly no difference like how u treat your own brothers.

    • Terima kasih, Elizabeth. Saya cukup empati dengan luahan hati saudari. It’s not an exaggeration to say that rasisme terhadap orang berkulit hitam dari Afrika (atau kepulauan Caribbean) adalah lebih ‘acceptable’ di Malaysia.

      Di sebalik imej superficial negara kita yang berbilang kaum dan harmoni ada yang di kambing-hitamkan kerana mereka bukan sebahagian daripada imej itu. Scapegoating juga ada dimana-mana dan dipermudahkan lagi jika adanya mereka yang sudah distereotaipkan penjenayah dll.

      Saya amat berharap saudari dan suami saudari teruskan kehidupan bersabar dengan ignorance orang kebanyakan dan media massa Malaysia.

  2. Such an amazing article. It’s like a fresh air knowing that there is someone like you out there who is not biased and would actually think outside the box.

    P/s:: my husband and i revert to islam before we got married. Now i’m wearing a hijab,other malaysians,typically in the west malaysia,looked at us as though we did something wrong. But i’ve learned to ignore that. Afterall,we’re married and other people are just ignorance. Old habit dies hard.

  3. I agreed with your article. The best way we can do at this moment is just ignore for what people say and continue our daily life like other people because we cant change the situation until the people change their perception. We have to use reverse psychology by showing those people that we are also an ordinary human which created by Allah. Maybe “they” forget malay, chinese, india, african etc been created by the same Allah. No one difference accept their ‘amalan’ to Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s