Feminisme: Antara mitos dan fakta

Ramai yang berpendapat bahawa golongan wanita dan lelaki feminis yang berpegang kepada prinsip “kesamaan” begitu khusyuk dengan isu-isu hak asasi manusia dan anasir-anasir berwajah kebaratan yang lain, seperti sekularisme dan liberalisme. Tidak kurang juga para bijak-pandai yang mendakwa gerakan feminisme sebagai satu-satunya punca keruntuhan akhlak dan rumahtangga. Ada pula yang khuatir feminisme menggalakkan persaingan antara wanita dan lelaki, di mana wanita sebenarnya mahu menguasi lelaki. Dari manakah dakwaan ini timbul? Apakah dakwaan ini bertunjang bukti yang kukuh, ataupun rekaan liar semata-mata?

Ya dan tidak jawabnya. Gerakan feminisme yang dikenali ramai muncul secara besar-besaran pada awal abad ke-20 di United Kingdom dan Amerika Syarikat – di sinilah titik permulaan stereotip atau mitos golongan feminis. Wanita yang menggelar diri feminis (atau suffragette pada waktu itu) tergolong dari kelompok atasan – “elit” – berkulit putih, berpendidikan tinggi, dan tidak berminat pula dalam hal-hal diskriminasi dan prejudis yang dialami oleh wanita lain – yang miskin, tidak berpendidikan tinggi, dan tidak berkulit putih. Beberapa “gelombang” perlu naik dan susut supaya suara wanita yang sudah lama terpinggir (yang miskin, tidak berpelajaran tinggi, dan tidak berkulit putih) didengar dan diambil serius. Tanpa wujudnya kesedaran akan perkauman dan perbezaan latar belakang sosio-ekonomi, gerakan feminisme bagaikan kereta lembu berroda satu (contoh eco-friendly): terbatas gerakan dan serba kekurangan.

Di akar umbi gerakan ini adalah kepercayaan bahawa wanita dan lelaki dicipta dengan kebolehan akal yang sama, dan tubuh badan dan warna kulit bukan penentu hidup – kepercayaan inilah yang menjadi bahan tentangan hebat ramai. Mana tidaknya? Para feminis banyak mempersoalkan budaya yang bersifat patriarki/kiriarki yang wujud hasil daripada corak kuasa dalam politik dan ekonomi, sebuah budaya yang mengagungkan kedudukan sekumpulan kecil yang berpengaruh dalam sesebuah masyarakat. Di Malaysia, kumpulan kecil ini terdiri daripada ahli politik lelaki, golongan lelaki yang kaya raya dan sesetengah para ulama. Warga tua, golongan kurang upaya, orang Asli, golongan Mak Nyah, dan saudara kita yang bukan beragama Islam secara lazimnya di kelaskan dalam kelompok “yang teraniaya” dan “dipinggir”. Pernahkah para bijak-pandai yang mengutuk gerakan feminisme bertanya sama ada sistem perkelasan ini adil?

Ingin dibangkitkan di sini bukannya untuk mempromosikan feminisme semata-mata. Ruang yang dibenarkan untuk mereka yang berlainan pendapat semakin sempit di kampung Malaysia. Tidak kiralah dia seorang feminis Islam ataupun seorang mufti, pendapat mereka yang memperjuangkan keadilan atas nama bagaimanapun tetap digugat. Bagi mereka yang rasa dirinya sahaja yang berhak bersuara mengenai keadilan, mereka harus bertanya kepada diri: apakah penganiayaan itu perhah dirasa dengan tubuh badan sendiri dan dilihat dengan mata kepala sendiri, dan apakah keadilan itu boleh dirasai oleh semua?

2 thoughts on “Feminisme: Antara mitos dan fakta

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s