Bogel

via Transportine

Saya ingin membuat pengakuan: saya suka bermandi dalam keadaan bogel. Telanjang. Au naturel. Mungkin ini sebuah pengakuan yang remeh-temeh dan bukan panas membakar, tetapi bagi saya ia agak penting sebagai pembuka topik. Semasa menghadiri acara Fiesta Feminista di Kota Kinabalu bulan November lepas di mana kesemua hadirin bermalam di asrama dan berkongsi bilik tidur dan bilik mandi, saya berbincang dengan mereka yang lebih ‘open-minded’ tentang topik yang telah lama saya pendam, iaitu berbogel semasa mandi dan bertukar pakaian ketika room mate ada bersama di bilik dorm.

Ketika saya di peringkat matrikulasi dan universiti (tempatan) beribu tahun dahulu, saya banyak perhatikan kawan-kawan saya yang pergi ke bilik mandi dalam keadaan berkemban. Sesetengah pula berkemban sambil berseluar dalam dan memakai bra. Jarang sekali saya lihat mereka yang memakai tuala sahaja ke bilik mandi i.e. berbogel semasa bermandi.

Mengikut kawan-kawan lelaki saya pula, ramai orang lelaki juga berbaju di bawah shower, sekurang-kurangnya berseluar pendek. Berbogel walaupun di tempat-tempat yang terjamin privasinya seseorang seperti di kubikel shower yang berkunci tidak akan sesekali menjadi sesuatu yang akan dilakukan. Saya pun berfikir, mengapa ya?

Saya diberitahu kubikel di bilik mandi untuk laki-laki biasanya tidak boleh dikunci. Sebabnya adalah satu misteri. Gelegat homoerotik seperti meraba dan memegang punggung para pengguna bilik mandi bukanlah sesuatu yang luar biasa di asrama. Mungkin kubikel shower yang tidak berkunci memberi peluang untuk pengguna bilik mandi yang lain untuk “bermesra” dengan si pemandi. Hipotesis-hipotesis nya begitu banyak.

Mungkin bilik mandi asrama dianggap “tempat awam”, oleh itu perilaku dan kesopanan harus dijaga. Keadaan bogel sudah pasti menimbulkan rasa malu untuk ramai daripada kita. Tetapi rasa malu itu seolah-olah wujud walaupun berbogel seseorang diri di sebalik pintu yang berkunci, seolah-oleh malaikat yang mengekori gerak geri kita turut berasa malu dengan tubuh kita dalam keaadan “birthday suit”.

Mengapa harus kita malu dengan kebogelan kita? Bukankah di sebalik pakaian ini kita serupa?

One thought on “Bogel

  1. ya saya setuju knp harus malu dgn tubuh badan sdri? kan elok klu ada pantai atu sungai dn tmpat riadah berbofel di malaysia..sy sdri kdg2 curi2 mandi bogel di sungai…huhuu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s