Menilai semula sikap rakyat terhadap ahli politik wanita

First published on Merdeka Review, 27 January 2012.

Sudah menjadi tabiat sesetengah orang Malaysia menghina perempuan dengan kekerasan yang berbaur seksual dan kelucahan; ancaman rogol dan dikecam sebagai pelacur atau perempuan murahan. Lelaki yang dikritik dan dimaki hamun tidak akan menerima kecaman yang sebegitu. Ini adalah kerana orang perempuan dianggap sasaran yang lemah layu dan mudah ditakluki. Herdikan terhadap Ceylyn Tay, ahli majlis bandaraya Ipoh dan wakil Gerakan, setelah ucapannya di sebuah acara 1Malaysia di Ipoh awal bulan ini yang dipapar dalam beberapa video di Youtube tidak lepas daripada unsur-unsur seksis dan kekerasan. Antara isu-isu kontroversial yang diujar oleh beliau termasuklah cadangan supaya negara mendirikan sistem satu parti dan pendapatnya bahawa golongan minoriti tidak boleh berharap untuk layanan yang saksama di Malaysia.

Reaksi penonton klip-klip video tersebut menjangkau angka ribuan, hampir kesemuanya negatif. Ini sepatutnya menjadi pengajaran bagi mereka yang berani menampilkan diri sebagai wakil rakyat supaya meneliti rhetorika mereka terlebih dahulu. Tetapi saya percaya sungguh kebarangkalian ‘fact-checking’ dan introspeksi itu berlaku sangat tipis sekali, kerana ramai daripada ahli-ahli politik kita memang seadanya mengusung dan mengesahkan budaya anti-intelektual dan anti-akademik. Untuk mengatakan bahawa Ceylyn Tay cukup jahil tentang komposisi agama dan etnik di Amerika Syarikat dan bahayanya sistem satu parti adalah satu perkara, kritikan yang menyentuh isu-isu peribadi dan kebolehannya berpolitik kerana beliau adalah seorang wanita adalah perkara lain pula yang dikategorikan sebagai seksis.

Kita sering bertanya mengapa kurangnya wanita berkecimpung dalam arena politik tanpa menyedari bahawa kedudukan wanita di pentas awam – seperti politik dan media – sangat tidak stabil dan sering dijadikan sasaran kata-kata – bitch, sundal, dan sebagainya – yang sengaja digunakan untuk mempermalukan mereka sebagai perempuan yang bermoral.

Hasil daripada sebuah penelitian tentang sebab-sebab kurangnya wanita dalam politik di Amerika Syarikat dapati bahawa terdapat pelbagai jenis kekangan dan hambatan yang unik yang terpaksa ditempuhi oleh wanita dalam dunia politik. Saya berpendapat bahawa rumusan penelitian ini boleh digunapakai di konteks sosial dan politik di Malaysia. Oleh kerana wanita jugalah yang memikul tanggungjawab yang lebih besar sebagai pengurus rumah-tangga dan pengasuh anak, kerjaya dalam dunia politik sudah tentu menjadi lebih sukar. Peranan sebagai pemimpin atau wakil daerah bahkan negara dilihat sebagai sesuatu yang maskulin, bercanggah dengan kudrat wanita yang kononnya lemah-lembut dan keibuan. Kerana wanita jarang menyandang peranan pemimpin, mereka tidak lazim diberikan dorongan dan sokongan yang melambung seperti sesetengah pemimpin lelaki, apatah lagi yang masih muda dan mewakili parti yang paling dominan di Malaysia.

Kita tidak perlu lihat jauh betapa kejinya kritikan seksis dan ad hominem yang dilemparkan ke arah wanita-wanita dalam arena politik yang paling ‘high profile’ di Malaysia, sama ada yang bergelar menteri, wakil konstituensi, atau isteri politikus. Maka tidak hairanlah pucuk pimpinan sering jauh sekali daripada genggaman wanita. Taktik yang telah digunakan untuk mencemarkan nama Elizabeth Wong dengan gambar-gambar peribadinya pada tahun 2009 merupakan contoh bagaimana kesemua maruah orang perempuan di Malaysia boleh dijatuh dan diinjak-injak dengan gambar, video, dan desas-desus lucah dengan bertujuan untuk memalukan kita.

Saya juga ingin mengetengahkan bagaimana ancaman rogol sering digunakan sebagai senjata dalam serangan mulut (mudah-mudahan setakat mulut sahaja) untuk membisukan perempuan. Seperti yang telah saya gariskan dalam kolum saya tentang mesej di sebalik filem Ombak Rindu, di mana jenayah rogol tidak dianggap sebagai penindasan. Malah ia dikontekskan sebagai dasar cerita yang romantik semata-mata. Di sini kita dapat lihat bahawa ugutan rogol adalah modus operandi yang digunakan lelaki (dan hanya lelaki) untuk menakutkan dan mengkritik orang perempuan. Tidak mengira darjat dan usia, setiap orang perempuan akan digertak secara seksual jika didapati mencabar dan melampaui tatasusila keperempuanan.

Kedudukan di sebalik layar komputer memberikan pengguna internet penuh keberanian untuk mengkritik tanpa batas, pertimbangan, dan rasa bertanggungjawab; inilah yang menyumbang kepada kualiti komen-komen di ruangan maya seperti Youtube dan laman-laman sepertinya. Ini tidak bermaksud keberanian itu wujud di alam maya sahaja; ancaman rogol terhadap perempuan sudah menjadi kebiasaan dan remeh di tempat-tempat awam dan di rumah.

Insiden Ceylyn Tay di Youtube harus memberikan beliau dan ahli politik wanita baru mahupun lama yang lain ketegaran untuk terus menempuh dunia politik Malaysia yang dikuasai lelaki dan tidak dikasihani rakyat. Dan selain mewujudkan kuota bagi bilangan wanita dalam arena politik, budaya yang lebih mesra kepada ahli politik perempuan dan menggalakkan penyertaan wanita dalam bidang politik di Malaysia mereka tidak boleh dijadikan sasaran kritikan yang berupa keganasan, seksual, lucah, misogynis, dan menyentuh paras rupa dan mencaci orang kurang berupaya (dengan panggilan ‘cacat’, ‘spastik’ atau ‘retard’). Seksisme yang menyelinap masuk dalam kesemua peringkat sosial dan politik akan terus menjadi kekangan, tetapi dengan mengenalpastinya sahaja adalah langkah pertama dalam menangani wabak sosial dan budaya ini.

Advertisements

Laki-laki feminis, sila tampil ke hadapan

Dalam kolum saya di Merdeka Review baru-baru ini, saya membincangkan tentang tanggungjawab kita sebagai sebuah masyarakat dalam menangani isu misogyni (atau pembencian wanita di bawah dan atas sedar) di Malaysia. Hari ini, saya ingin menjemput pembaca untuk memikirkan tentang peranan lelaki dalam menangani seksisme dan penyertaan mereka dalam gerakan feminisme. Boleh dikatakan bahawa tanggungjawab yang lebih besar dalam membasmi wabak seksisme di Malaysia terletak di tangan lelaki. Mana tidaknya? Lelaki adalah pemangsa wanita dan kanak-kanak dalam kebanyakan kes gangguan dan keganasan seksual.

Lelaki, yang secara lazimnya adalah ketua-ketua keluarga dan agama, atau seorang lelaki yang rasa dirinya lebih alim, cukup asyik menguasai pergerakan wanita dan melarang itu dan ini. Wanita seolah-olah dibelenggu lelaki yang suka menindas atas niat jahat dan ‘baik’ yang tidak bertempat. Bukan tanggungjawab perempuan untuk menjaga diri bila melangkah keluar dari rumah, tetapi tanggungjawab lelaki untuk menjaga pandangan, tangan, organ kemaluan sendiri dan tidak memperkosa siapa-siapa.

Di negara Malaysia, kaum perempuan memang sudah tentu merendahkan pandangan mereka. Di tempat awam di mana wanita sering diganggu, ditegur dengan cara kurang menyenangkan oleh lelaki yang tidak dikenali, ramai orang perempuan hanya boleh menunduk ke bawah dan berpura-pura gangguan tersebut hanya khayalan semata-mata. Lelaki melihat, perempuan dilihat – itulah ketidakadilan struktural yang implisit dalam masyarakat patriarkal.

Seorang perempuan yang ‘membalas’ pandangan lelaki akan mempegunkan dan mencabar sang penglihat. Ya, dilihat secara intens oleh orang-orang yang tidak dikenali amat tidak menyenangkan. Ini adalah satu kenyataan yang hanya orang perempuan akan memahami kerana keselamatan kita di mana-mana selalu terasa tergugat. Untuk mengatakan bahawa kaum lelaki juga menduga masalah gangguan dan keganasan seksual maka keselamatan wanita sahaja perlu dititikberatkan adalah tidak sensitif dan memperkecilkan masalahnya.

Mengapa harus kita galakkan penyertaan lelaki dalam menangani gejala seksisme? Kerana lelaki mempunyai kuasa dan kebolehan untuk mengakhirnya. Tetapi masalah terbesar dalam penglibatan lelaki dalam perjuangan isu-isu wanita adalah kecendurungan lelaki untuk memimpin wanita-wanita dan mendominasi wacana feminisme. Ini adalah kerana lelaki yang feminis dianggap sangat istimewa bagi kita, dan juga kerana lelaki feminis biasanya mempunyai intelek tinggi dan bakat menulis dan berpidato.

Tetapi faktor ternyata yang ‘mengistimewakan’ lelaki feminis ialah cara bagaimana lelaki disosialisasikan dalam budaya kita untuk mempimpin, dan melindungi wanita (yang lemah). Disebabkan ciri-ciri ini, lelaki feminis sering dijadikan ‘spokesman’, atau jurucakap yang mewakili suara kita sebagai kaum perempuan. Wanita juga terlibat dalam mengagungkan laki-laki feminis; seringkali kita sendiri melantik lelaki sebagai pemimpin kita, walaupun memang kita mengakui wanita jarang diberikan pucuk kepimpinan. Realiti penuh dengan pelbagai paradoks, dan cakap tidak semestinya serba bikin.

Kita sebenarnya tidak mahukan lelaki untuk mewakili perempuan dalam mana-mana bidang yang melibatkan perempuan secara langsung. Contohnya, isu reproduksi, gangguan dan keganasan seksual terhadap perempuan adalah isu yang dialami oleh kaum perempuan dan lelaki tidak akan sesekali boleh meraih peranan ‘pakar’ dalam isu-isu seperti ini. Mengapa kita perlukan pula lebih penglibatan wanita dalam arena lain yang sudah tentu dikongsi wanita dan laki-laki, seperti politik, polis, agama, media, dan undang-undang?

Ini adalah kerana sudut pandangan perempuan adalah unik, dan kerana sudut pandangan laki-laki sering dikaburi keistimewaan atau kelebihan lelaki (male privilege). Sebagai contoh, kelebihan lelaki memberikan mereka keberanian menaiki pengakutan awam atau berjalan bersendirian pada waktu malam tanpa merisaukan risiko rogol. Kelebihan lelaki memberikan kelapangan daripada kerumitan dalam mengimbang tugasan rumahtangga dan kerjaya; kerana wanita (yang berkerjaya mahupun yang tidak) secara ‘semulajadinya’ mengangkut tanggungjawab yang lebih berat dalam mengasuh anak-anak, memasak, dan mengemas rumah. Kelebihan lelaki adalah mereka tidak perlu memikirkan tentang hal-hal seharian yang menyulitkan wanita – kerana mereka tidak mengalaminya sendiri.

Jika lelaki yang bergelar diri feminis terlalu gentar untuk menampilkan diri, sekurang-kurangnya mengecam seksisme dalam aktiviti seharian. Seksisme merendahkan martabat perempuan sebagai objek seks dan kilang bayi semata-mata. Seksisme juga menormalkan status wanita yang idak setaraf dengan lelaki. Akhir kata, wanita sangat perlukan sokongan laki-laki dalam perjuangan feminisme, bukan sebagai wakil atau pelindung, tetapi sebagai anggota keluarga, rakan, dan kekasih dalam perjuangan.

Malaysian feminism in 2012?

As I write this in Jakarta, my thoughts are about what we can do to get feminism buzzing in the Malaysian public discourse this year. When I say getting feminism in the Malaysian public discourse, I mean getthing people talking about feminism and gender inequality, and hopefully do something about gender and intersectional injustice. In this month and the last, I have been observing feminism in Singapore and Indonesia. As some of you already know, Slutwalk took place in Singapore on 4th December 2011, with great success and even greater media coverage. Having a friend who was one of the main organisers of the event gave me insights into a genuinely grassroots feminist movement, a movement made up young women and men who did not the legitimacy of the state, institutions, and organisations to get sexual violence and victim-blaming on the Singaporean discursive map. Sure, they faced a huge backlash from the public and local media, but their success and ongoing efforts post-Slutwalk demands applause and mad respect.

During the brief time I’ve been spending in Indonesia, I had the opportunity to observe the local feminist discourse and the means through which it is propagated. Here, there are regular talks about gender issues by local and international speakers. There is an active feminist journal called Jurnal Perempuan with startlingly beautiful prose on gender related issues, topical – media and sexual violence, and conceptual ones – power and class. Books about feminism written in and translated into Indonesian find a welcome home here; they are books that continue to be reproduced and engage with current trends and in conversation with global feminist discourse, rather than stay stale and static – an assumption unhelped by the fatigued idea that women’s oppression is as old humankind, change occurs one snail’s-paced milestone at a time so why produce many books about it every year?

This year, I will continue to contribute to the online (and hopefully offline) discourse about gender and intersectional injustice. As writer of various other online outlets both in English and Malay, I intend to cast my polemic further afield from feminist forums and talk with a largely non-(or not yet?)-feminist reading audience. There is still much to do and I hope you too will help get the message of gender injustice across to as many who are willing to read and listen. We need to work together with various feminist NGOs in Malaysia by raising public consciousness in as creative, easy to digest, persuasive, and effective means as possible. Make 2012 a year in which feminism can begin to root itself in the Malaysian public discourse. Take action; read, listen, speak, perform, and write.