Pendidikan seks untuk memupuk nilai bertanggungjawab

First published on Merdeka Review, 23rd March 2012.

Zaman remaja merupakan masa yang paling jahil, menakutkan, dan mengujakan bagi mereka yang masih muda. Sewaktu di bangku sekolah menengah perempuan beribu tahun dahulu, saya, dengan perasaan penuh malu, bertanya kepada rakan sekelas yang lebih ‘berpengetehuan’ tentang perkara-perkara intim apakah maksudnya ‘klimaks’ atau orgasme. Jawab rakan saya dengan penuh yakin: ia adalah apabila pasangan yang asyik bersenggama berteriak-teriak seperti haiwan ternakan bergaduh. Atau mengawan. Usia saya sewaktu itu baru mencecah 13 tahun, seorang anak dara tetapi sudah didedahkan dengan unsur-unsur ‘dewasa’ melalui rakan sebaya. Saya pernah sekali seperti anak-anak remaja yang lain, yang mempunyai sifat ingin tahu.

Dengan kurangnya pendidikan seks, golongan remaja akan terjebak dalam kancah kejahilan tentang tubuh dan naluri mereka dan kurang berasa tanggungjawab atas perbuatan mereka. Pendidikan seks yang baik bukan sahaja mengajar anak-anak tentang bagaimana hubungan seks berlaku, tetapi menyampaikan nilai-nilai seperti rasa tanggungjawab, kehormataan dan keyakinan diri kepada kaum muda. Tanpa mengajar nilai-nilai seperti ini, anak-anak mungkin akan mencuba apa yang telah dipelajari dalam kelas pendidikan seks tanpa rasa tanggungjawab pada diri, keluarga, dan pada pasangan mereka. Namun, saya rasa yakin pendidikan seks yang komprehensif bukannya menggalakkan remaja untuk ‘mencuba’ tetapi akan menjadikan mereka lebih berhati-hati dan prihatin tentang implikasi hubungan seks di bawah dan sebelumnya berkahwin.

Tanpa disedari, sebenarnya pendidikan seks tidak formal sudahpun berlaku di rumah, diajar oleh ibubapa dari usia bermulanya anak mereka boleh bercakap dan memahami bahasa. Ibubapa telahpun mengajar bagaimana menamakan kemaluan anak-anak mereka, bagaimana untuk tidak menyalahgunakannya, bagaimana untuk memeliharanya daripada pandangan orang lain. Pendidikan seks tidak formal sudahpun bermula di sekolah tetapi dikalangan rakan-rakan sebaya. Ada yang dipelajari tentang seks oleh mereka, sama ada melalui orang-orang dewasa, filem-filem lucah, majalah Mastika, dan sebagainya bukan boleh kita, ibubapa, atau guru mengawal.

Pendidikan seks yang formal akan mendidik anak-anak remaja untuk menghormati pasangan mereka, membasmi deraan seksual, dan boleh mengurangkan kes-kes keganasan rogol dan sumbang mahram. Dengan melengkapkan anak-anak dan remaja dengan pengetahuan tentang tubuh badan mereka, tentang defininya cabul dan perkosaan (dengan cara dan bahasa yang sesuai), mereka akan lebih tegar memaklumkan ibubapa mereka jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada mereka. Antara faktor yang memberanikan perogol dan pencabul anak-anak adalah mangsa-mangsa yang mendiamkan diri, dimalukan, dan tidak boleh bersuara. Pendidikan seks yang formal boleh memberikan ‘suara’ kepada anak-anak untuk melindungi diri mereka dan membawa pesalah seksual ke kebenaran.

Masalahnya di sini adalah ibubapa, guru-guru, pakar isu-isu keagamaan – kesemuanya dewasa – yang kurang selesa, segan, dan malu untuk berkongsi pengetahuan tentang lumrah manusia, kehormatan, dan masa depan anak-anak dan remaja. Yang ganjilnya, kanak-kanak secara lazimnya kurang segan bertanya tentang perkara yang sensitif berbanding anak-anak remaja dan mereka yang sudah mencecah dewasa. Kita tidak boleh mengharapkan pendidikan agama di sekolah atau menunggu di ambang perkahwinan untuk maklumat dan tanggapan tentang seks dan seksualiti yang sihat. Setahu saya, ustazah dan ustaz saya sepanjang persekolahan saya tidak pernah membincangkan tentang kontrasepsi (cara-cara menghindar daripada kehamilan), HIV, keganasan dan gangguan seksual.

Tetapi nampaknya kerajaan kita enggan berganjak ke arah masyarakat yang matang dan mandiri. Berita lama tentang pengharaman buku ‘Where Did I Come From?’ (Dari Mana Saya Datang?) oleh Peter Mayle yang pertama kali diterbit pada tahun 1984 membuktikan sekali lagi keengganan kerajaan kita untuk membaca dan menilai sebuah buku untuk kanak-kanak dengan matang dan saksama. Buku karya Mayle yang berkisarkan sepasang suami isteri yang saling menyayangi, berhubungan intim lantas dikurniakan anak telah dicapkan ‘keterlaluan’ di sebuah negara yang tidak segan bermain politik lucah dan menghalalkan pengedarkan majalah Mastika, Pesona, dan seangkatan dengannya di perkarangan kaki lima.

Buku yang ditujukan untuk bacaan kanak-kanak dan ibubapa dianggap melanggar Seksyen 292 kerana penggambaran lukisan kartoon sepasang suami isteri yang telanjang, bersetubuh, dan memaparkan maklumat tentang penamaan anatomi reproduksi yang betul untuk kanak-kanak. Pengharaman buku Mayle dan tindakan-tindakan drakonian anti-pendidikan oleh kerajaan yang lain tidak jauh bezanya daripada kongkongan seorang ibu atau bapa yang pantang melihat anak mereka berfikir dan membuat pertimbangan sendiri dengan cara yang matang.

Kita tidak boleh menghalang golongan remaja daripada mengenali dan memahami seksualiti mereka, walaubagaimana khuatir kita akan berasa tentang gejala seks di bawah umur dan pembuangan anak. Pendidikan yang baik tidak boleh dipertikaikan, ini termasuk juga pendidikan seks dan tenaga pengajar yang terlatih, sensitif, dan berfikiran terbuka. Pengenalan pendidikan seks ke sekolah-sekolah bukannya agenda liberal, tetapi boleh mempunyai unsur-unsur yang berlandaskan ajaran moral di mana nilai-nilai universal seperti sikap bertanggungjawab dan penyayang, kehormatan diri, melindungi yang lemah, dan pengurusan perasaan dan imej kendiri boleh diterapkan dalam syllabus.

About these ads

3 thoughts on “Pendidikan seks untuk memupuk nilai bertanggungjawab

  1. Sharing: the only sex-ed class I had in Malaysia was when I was in standard 5. I don’t think they went into that much detail about it – I don’t think they even told us how sex happened – mainly they just focused on the period and if someone starts touching you here or there, you should tell someone about it. But looking back, I think it was quite a big thing, since my school was in Bandar Baru Bangi and not a place I thought would ever have sex-ed. Still, maybe it was a phase – since I don’t think they ever had such a thing again.

    • Wow, I am assuming that was done in school? In Malay, most likely, seeing as it was Malay heartland BBB? Educating girls about the reality of menstruation WITHOUT the shame is so, so important. I remember that even at 25 many years ago, I couldn’t tell a male colleague who was driving me to a supermarket that I was going to buy sanitary pads in a shop.

      And yes, educating children about sexual molestation … so so important!!! why can’t parents, teachers, “caring” adults, people in education, and law-makers come to a consensus about how crucial this is >:(

      • Yep, in the school canteen. Hahahaha. I think they talked about menstruation very well – straight-to-the-point – what to do, not to worry, everything’s normal. But yeah, there was an incident in college where I had bought some pads and a girl whispered to me, looking concerned: “your pads are showing”. …but boys do know what periods are and what moodswings are but they’re not supposed to see me buy my pads. Hm. And it’s not just with men, right? I mean, some women have a problem with seeing women carrying pads around like nobody’s business too.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s