Pengajian Gender untuk Semua #1: Pengenalan kepada konsep ‘seksualiti’ dan Queer Theory

Seksualiti merupakan satu perkataan yang secara lazimnya dihubungkaitkan dengan hubungan seks antara lelaki dan perempuan. Namun, ini adalah satu pemahaman istilah yang terlalu sempit. Sebaliknya, seksualiti merangkumi segala yang bersangkut-paut dengan perasaan cinta, hasrat (desire), hubungan intim (intimacy), perkahwinan, kawalan sosial, politik, ekonomi, dan agama. Berpegang tangan antara kekasih adalah satu tanda seksualiti seseorang.

Seksualiti sebagai kategori penyelidikan mempunyai sejarah yang bermula dari abad ke-19 dengan penubuhan bidang seksologi yakni bidang saintifik mengenai seksualiti manusia. Dalam kata lain, abad ke-19 merupakan titik permulaan di mana seksualiti dikenalpasti secara saintifik, namun sebagai satu patologi yang boleh diubati.

‘Homoseksualiti’ adalah rekaan sains perubatan semata-mata… 

On Foucault's nexus of power and knowledge, plus some criticisms
Michel Foucault, bapa kajian kritis mengenai teori seksualiti

Sebelum kategori seksualiti yang normatif (heteroseksualiti) diusulkan, kategori homoseksualiti dikaji dahulu. Homoseksualiti dicipta pada tahun 1870-an sebagai satu kategori penyakit minda dan mempunyai sifat-sifat yang hanya boleh dikenalpasti oleh pakar psikiatri.

Mengikut Michel Foucault (1926-1984), seorang homoseksual menjadi satu ‘species’ yang mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenalpasti melalui kaedah yang bersifat saintifik. Ini bermakna: melalui wacana perubatan dan penyakit mental, homoseksualiti pertama kali dikenalpasti sebagai satu identiti. Ini tidak bermaksud orang yang bersifat homoseksual tidak pernah wujud sebelum tahun 1870-an, cuma istilah identiti ‘homoseksual’ yang digunakan buat pertama kali diberikan kepada perbuatan dan amalan yang berdasarkan cinta sejenis (same-sex desire).

Mengikut hasil pencarian Foucault dalam History of Sexuality Jilid 1, corak pengaturan dan regulasi sesuatu masyarakat mula berubah daripada regulasi hukum-hakam agama kepada regulasi yang bersifat sekular – melalui sains perubatan. Individu di masyarakat Barat-Kristian beralih daripada membuat pengakuan (confession) dosa seksual di gereja kepada pengakuan mengenai seksualiti mereka kepada para doktor. Perubahan sosial ini sesuai dengan perkembangan sains and teknologi sekitar revolusi pengindustrian dan fahaman humanisme pasca-Pencerahan. Masyakarat pada zaman 1800-an yang mengagungkan sains seperti teori evolusi dan sains genetik disarankan dengan pengaturan sosial yang bersifat saintifik bagi memastikan kemajuan dan kesejahteraan manusia sejagat.

Daripada gagasan Foucault datangnya Queer Theory 

Pendekatan ‘queer’ terbit daripada angkatan aktivis gay dan lesbian yang memperjuangkan hak-hak golongan homoseksual.

Perkataan ‘queer’ yang digunakan dalam aktivisme LGBT di Amerika Syarikat pada akhir dekad 1960-an mempunyai maksud yang bertentangan dengan maksud yang menjelekkan golongan LGBT. Objektif disebalik penggunaan perkataan ‘queer’ yang asalnya digunakan untuk menghina lelaki homoseksual adalah untuk ‘memulihkan’ dan meneutralkan bisa homofobik yang terkandung dalamnya, tidak terlalu berbeza dengan golongan berkulit hitam yang menggunakan perkataan ‘nigger’ sesama mereka atau penggunaan perkataan ‘slut’ dalam gerakan Slutwalk. Ini merupakan satu contoh ‘reverse discourse’ atau wacana berbalik yang diusulkan oleh Foucault.

Sumbangan terbesar Foucault kepada Queer Theory adalah teorinya mengenai cara kuasa (power), wacana (discourse), dan bahasa/ilmu (language/knowledge) saling berinteraksi untuk mencipta realiti. Kuasa yang mengatur sesuatu masyarakat (melalui undang-undang, pihak politik dan agamawan) dikuatkuasakan melalui manipulasi wacana (misalnya melalui propaganda). Wacana yang sempit menghasilkan ruang bicara awam dan persendirian yang sempit.

Beberapa ikhtisar penting dalam Queer Theory: 

Pendekatan ‘queer’ menolak binari gender dan seksualiti yang terdiri daripada homoseksualiti dan heteroseksualiti / maskuliniti dan feminititi.

Identiti ‘queer’ adalah segala perbuatan, pendirian dan gaya hidup yang melanggar norma-norma yang mengongkong individu.

‘Queer’ bersifat subversif dan menyongsang demi mencari jalan yang baru untuk mengekspresi gender dan seksualiti.

Persamaan / perbezaan antara Queer Theory dan teori feminis: 

audre-lorde-in-front-of-a-007
Audre Lorde, tokoh teori feminis

Kedua-dua mempunyai pendirian yang kritikal terhadap peranan gender dan seksualiti yang binari, tradisional dan normatif dalam masyarakat. Kedua-dua juga memegang pada pendapat bahawa gender dan jantina adalah konstruksi sosial.

Karya pemikir-pemikir utama Queer Theory juga merupakan tokoh-tokoh feminis – seperti Judith Butler, Teresa de Lauretis dan Audre Lorde.

Kedua-dua teori feminis radikal dan Queer Theory menolak heteroseksualiti atas dasar penindasannya terhadap wanita dan lelaki gay. Aktivisme feminis dan LGBT muncul bergiat di sekitar tahun 1960 dan 1970-an sewaktu perjuangan hak-hak asasi membasmi perkauman di Amerika Syarikat berlaku.

Namun, terdapat pelbagai perbezaan yang mewujudkan satu jurang antara teori feminis dan Queer Theory.

Misalnya, teori feminis bermula daripada persoalan mengenai perbezaan antara gender dan jantina/seks, manakala tumpuan Queer Theory lebih kepada jantina/seks dan seksualiti. Walaupun teori feminis radikal yang aktif pada zaman 1970-an dan 1980-an adalah sangat kritikal terhadap heteroseksualiti, kini teori feminis kurang memberi perhatian kepada isu homoseksualiti dan heteroseksualiti.

‘Performativiti’ 

Jika gender dianggap satu konstruk sosial – yakni terbentuk daripada proses sosial dan budaya yang boleh dimanipulasi dan berubah mengikut rentak zaman – maka ia tidak timbul secara semulajadi dalam diri seorang perempuan atau lelaki. Sebaliknya, gender harus dipupuk, dipelajari, ditegaskan, dan dikawal sepanjang hayat. Tidak cukup untuk digelar ‘perempuan’ or ‘lelaki’ di saat kelahirannya atau dalam sijil kelahiran, keperempuanan dan kelelakian harus ditonjolkan dan bagi Judith Butler, ia seolah-olah ‘dilakonkan’ di pentas sosial.

Performativiti‘ merupakan konsep yang dikemukakan oleh Judith Butler untuk menunjukkan bahawa gender dan seksualiti bersifat seperti ‘persembahan’ atau lakonan yang mengikuti ‘skrip’ yang ditetapkan oleh norma masyarakat. Bagi Butler, gender seolah-olah satu ‘lakonan’ yang dilakukan oleh individu mengikut syarat-syarat permakaian dan perlakuan. Dalam kata lain, gender bukan sesuatu yang sedia ada tetapi sesuatu yang perlu diusahakan dan diulangi sepanjang hayat.

Dari sisi lain, gender yang bersifat performatif bermaksud gender dibentuk atau dikonstruk melalui tindakan seorang individu yang mengisyaratkan identiti gender beliau. Bagi Butler, gender tidak wujud dalam ‘batin’ atau teras identiti seseorang individu. Gender adalah sesuatu yang dizahirkan sahaja.

rupaul_at_dragcon2c_april_2017
Rupaul, seorang ‘drag queen’ dan penghibur antarabangsa

Drag’ adalah istilah yang digunakan oleh Butler sebagai kiasan atau metafora bagi menerangkan gaya seorang individu memaparkan identiti gendernya. ‘Drag’ merujuk kepada persembahan drag atau permakaian pakaian yang bertentangan dengan identiti gender seseorang. Istilah ‘drag’ digunakan bagi individu biasa kerana gaya pemaparan gender bagi kebanyakan orang sama ada melalui make-up atau memakai tali leher dan business suit adalah sementara dan untuk di ‘pentas’ awam.

Bagi kebanyakan individu, gaya dan bahasa badan, cara permakaian dan pertuturan diatur dan dikawal apabila di tempat awam atau di situasi yang tertentu, seperti acara formal atau temuduga untuk kerja. Mengikut pendapat Judith Butler, kami sentiasa mempersembahkan diri mengikut citarasa diri, norma masyarakat, dan protokol tertentu.

Kesimpulan

Seksualiti – sebagai satu kategori – adalah sesuatu yang bersifat historikal. Ini bermaksud konsep heteroseksualiti dan homoseksualiti hanya boleh digunakan dengan tepat daripada zaman 1870-an. Ini adalah kerana definisi, ciri-ciri dan kategori bagi mengenalpasti heteroseksualiti dan homoseksualiti hanya bermula pada 1870-an

Namun, definisi, ciri-ciri dan kategori heteroseksualiti dan homoseksualiti pada zaman itu menggambarkan kedua-duanya sebagai penyakit mental.

Kecenderungan kita untuk menggunakan binari dan dikotomi untuk klasifikasi gender dan jantina mencerminkan corak bahasa dan logik kita tanpa menyedari bahawa fenomena dan realiti sosial dan biologi adalah lebih kompleks dan bukan hitam-putih. Malah, fenomena dan realiti sosial, biologi, gender dan jantina boleh dilihat sebagai kepelbagaian warna dalam pelangi.

A undergraduate I’m teaching this semester – Gender, Science and Technology

azea-2306-course-poster-page-001

I’m happy to announce that I’ll be teaching Gender, Science and Technology (AZEA 2306) again for the second 2016/2017 academic semester at the Faculty of Arts and Social Science, University of Malaya. Undergraduate students within the faculty (especially in the English and Media Studies department) and international exchange undergraduate students are encouraged to register. All students are welcome to audit.

In this course, students will enjoy the opportunity to explore the exciting ways in which science and technology contribute to our understanding of gender and sexuality. The course will also explore the following themes and subjects:

• Sexuality and technology
• Digital and cyber-feminisms
• Computers, video-games and gender
• Species and gender, consumption of animals
• Feminist science fiction
• Gender and reproductive technology

Call for papers – The Public Sensorium: Gender, Disability, Architecture, and Public Spaces 25-26 July 2017 University of Malaya

This two-day workshop at the Faculty of Built Environment, University of Malaya, aims to bring together scholars and practitioners from different disciplines and fields to examine new and exciting issues pertaining to gender, disabilities, and the public sensorium. We aim to further develop theory and policies for gender relations in public spaces that encompass disability, ethnicity, religion, sexuality, and age. We are interested in addressing matters of self, being, access, participation, opportunities and equality as a way of informing the values behind public policies for inclusive architectural design and urban planning.

This workshop deploys the concept of the ‘public sensorium’ to develop theory and policies that consider ways of optimising public space usage for all bodies and all abilities. The public sensorium refers to the visible and invisible elements of the body that come into contact with public spaces; seeing, smelling, and tactility that constitute the experience of the self in public space. This workshop asks: what is the significance of human senses in public space? How do public visibility, smells, and touch relate to bodies and gender? How can a consideration of human senses make public spaces more inclusive and enjoyable? With limited abilities and senses what is necessary for a person to enjoy full participation in public life?

The workshop invites papers and panel proposals on (but not limited to) the following themes:

● Gender, disabilities, safety, and risk
● Mobility and public transportation
● Religion/sexuality/family/health and public space (**)
● Urban public space and protest cultures
● Youth cultures and outdoor/indoor public space
● Urban renewal and gentrification
● Poverty eradication policies
● Informal and night-time economies in the public space

** Outdoor public spaces include public parks, squares, theme parks, food stalls
Indoor public spaces include malls, places of worship, museums, art galleries, food halls, markets

Women and girls with disabilities belong to one of the most marginalised and under-represented groups in many societies. Therefore, we especially encourage panel proposals on gender and disabilities from established scholars, practicing architects and public policy-makers, early career researchers, and graduate students.

Selected papers presented at the workshop will have an opportunity to be published in a special issue in a high-ranking peer-reviewed journal.

Graduate students who are presenting can qualify for a travel bursary worth RM100. Please contact the workshop convener Dr. Alicia Izharuddin (alicia@um.edu.my) if you are interested in applying for the travel bursary.

Please submit your 250-word abstract to: Dr. Naziaty Mohd Yaacob naziaty@gmail.com and Dr. Alicia Izharuddin alicia@um.edu.my by 15 April 2017. Accepted proposals will be notified on 30 April 2017.

Workshop registration fees:

RM 200 for full-time/employed (early bird registration)
RM 250 for full-time/employed
RM 100 for part-time/employed (early bird registration)
RM 150 for part-time/employed
RM 50 student rate (early bird registration)
RM 100 student rate
RM 50 walk-in attendee

Payment for the early bird registration fee is 30 May 2017
Deadline for registration fee payment is 30 June 2017

Workshop convener and contact person: Dr. Alicia Izharuddin, Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya
Email: alicia@um.edu.my. Telephone: 03-7967 5447

This workshop is supported by the Malaysian Ministry of Higher Education’s Fundamental Research Grant Scheme. It is co-organised by the Faculty of Built Environment and the Gender Studies Programme of University of Malaya.